
Sulit
4 tahun
Penyakit anemia dan fibroid
Jiran saya ada penyakit anemia dan fibroid 4 cm, boleh ke dia mengamalkan susu C2Joy?? Susu awal lembu tolong bagi pencerahan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, terdapat tiada kajian atau bukti yang mengatakan bahawa amalan meminum susu lembu atau sewaktu dengannya boleh mempengaruhi penyakit anemia atau penyakit fibroid. Kami cadangkan agar jiran anda untuk berjumpa dengan doktor yang berdekatan mengenai perkara ini bagi mendapatkan rawatan yang lebih sesuai.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.