
Anonymous
6 tahun
Penyakit gusi periondotitis
Saya wanita berusia 36 tahun. Saya mengalami gusi berdarah , nafas berbau dan gusi hadapan saya semakin menyusut. Apabila senyum, gigi akan nampak panjang dan senyuman tidak menarik menyebabkan saya rasa tidak yakin diri apabila berjumpa dengan orang ramai. Saya semakin menjadi pendiam. Dulunya saya seorang yg ceria dan mudah tergelak. Tetapi disebabkn masalah gusi yg saya hadapi sy semakin kurang yakin diri dan malu dgn kawan². Saya sudah ke banyak klinik pergigian kerajaan dan swasta untuk mendapatkan rawatan. Tetapi rawatan yg saya terima hanyalah scaling gigi. Masalahnya, gusi saya terus menyusut walaupun telah menggunakan berus gigi extra soft, floss gigi, berus gigi 3x sehari dan berkumur dengan cecair kumur mulut. Malah gigi saya semakin kuning. Saya buntu kerana semua saranan doktor telah saya ikut. Namun, gusi saya masih berdarah, nafas berbau dan gusi semakin menyusut sehingga nampak akar gigi. Saya sangat buntu kerana setiap kali ke klinik gg, hanya diberi rawatan scaling. Saya juga mengamalkan makanan yang seimbang. Saya bukan perokok dan tidak ada masalah kesihatan. Apa perlu saya buat doktor?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, antara punca nafas/mulut berbau adalah dari:
- Masalah tonsil
- Masalah sinus
- Gigi dan gusi
- Makanan seperti bawang putih, petai
- Mulut yang kering akibat kurang minum air atau berpuasa
- Masalah di dalam perut seperti sembelit
Saya sarankan agar anda mendapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor memandangkan pelbagai usaha yang anda lakukan tidak berhasil. Bagi mengetahui apakah punca sebenar masalah anda, maklumat lanjut tentang masalah yang anda hadapi perlu kami perolehi. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian