Sulit
3 tahun
Penyakit Hidradenitis suppurativa
Hi doc, sya lelaki berusia 39 mengalami Hidradenitis suppurativa dibawah ketiak. Sering bengkak berulang dan mngeluarkan darah dan nanah.adakah ubat mkn bagi mencegah penyakit berkenaan atau perlu membuat pembedahan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menentukan rawatan yang terbaik.
Kesihatan wanita sangat penting. Dapatkan bantuan dari suplemen sekarang !
Umumnya, gejala yang yang anda alami dari telinga sehingga ke celah peha boleh disebabkan oleh pelbagai jenis gangguan tubuh yang sama mahupun berbeza. Antara gangguan-gangguan ini termasuk:
- gangguan kelenjar minyak (i.e. acne)
- gangguan pertumbuhan lemak (i.e. lipoma)
- gangguan jangkitan kulit yang kronik (i.e. dermatistis)
- gangguan kelenjar peluh (i.e. hidradenitis suppurativa)
- tanda-tanda jangkitan bakteria atau virus (biasanya disertai gejala demam)
- gangguan atau penyumbatan kelenjar limfatik
- tanda-tanda gangguan payudara atau neoplasma
- gangguan kulit yang lain (i.e. kista, dll.)
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Gynecologist kami sedia membantu.
Hidradenitis suppurativa (HS) adalah keadaan yang menyebabkan lebam ataupun benjolan yang menyakitkan pada akar rambut berdekatan dengan kelenjar peluh anda. Ia juga dikenali sebagai jerawat inversa.
Benjolan boleh dijangkiti kuman. Apabila ia berlaku, poket terbentuk di bawah kulit anda dan diisi dengan nanah. Ianya boleh mengeluarkan bau busuk apabila ianya pecah dan juga boleh meninggalkan parut.
Tidak ada penawar untuk HS, tetapi rawatan dan perubahan gaya hidup dapat menghilangkan dan mengurangkan masalah ini daripada terus berlaku.
Untuk mengetahui punca masalah sebenar anda perlu mendapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).