Sulit
6 tahun
Penyakit kelamin , gonorrhea
saya lelaki berumur 20’tahun , saya disyaki mengalami penyakit gonorrhea , saya perasan ada keluar lendiran putih pada waktu bagi dan kesan di dalam seluar dalam , kadang kadang ada terasa gatal , saya ingin membeli ubat yang sepatutnya , mana satu yang sepatutnya dan macam mana ya pemakannya ? terima kasih
6 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, keluarnya lendir putih dari kemaluan boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Jangkitan kelamin seperti gonorea, klamidia, trikomonas
- Jangkitan saluran kencing
- Radang atau alahan dari penggunaan bahan pencuci
- Luka pada kemaluan yang dijangkiti kuman dan bernanah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Hal ini kerana, penyakit tidak didiagnosis berdasarkan satu gejala sahaja. Merujuk kepada senarai diatas, bukan hanya Gonorea yang bergejala lenidr putih. Bagi mengelakkan masalah memburuk, anda digalakkan untuk mendapatkan konsultasi doktor.
Malah, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan yang tepat dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































