Sulit
6 tahun
Penyakit Kulit Merah Merah Dan Berbekas
Saya Lelaki Berumur 23 Tahun , Baru Baru Ini Saya Ada Terima Satu Penyakit Dipanggil Sakit Kulit , Setiap Kali Antibody Saya Lemah Mula Berubah Kulit Menjadi Merah Dan Berbekas . Apa Penyakit Yang Saya Terima Ini Ya Doctor
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Untuk memberikan diagnosis yang tepat, sejarah kesihatan, umur dan pemeriksaan perlu dilakukan kerana terdapat banyak jenis penyakit kulit yang boleh menyebabkan kemerahan berbekas. Antara punca utama penyakit kulit yang menyebabkan ruam kemerahan pada kulit boleh disebabkan:
- Ekzema
- Psoriasis - akibat sistem imun badan menyerang kulit sendiri
- Jangkitan kuman/kulat
- Alahan dermatitis - alahan pada debu, kain dan lain-lain
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































