
Sulit
5 tahun
Penyakit sifilis berulang
Saya lelaki, sya baru sahaja telah dijangkiti sifilis. Saya telah mendapatkan rawatan di klinik berdekatan. Setelah menerima rawatan melalui suntikan antibiotik dan pil antibiotik. Sembuh selepas 3 minggu, tetapi ada ulser putih muncul semula. Kenapa sifilis terjadi lagi? Saya ada bertanya kepada doktor seperti saranan nak ubat sifilis kena 10-14 hari menerima suntikan antibiotik. Tetapi doktor klinik yg sya dptkan rawatan bagitahu cuma boleh dalam sebulan sekali nk dptkan suntikan antibiotik. Doktor bagitahu saya mengalami sifilis peringkat pertama. Adakah cara lain nk membunuh/hapus kuman sifilis spy sifilis sya tidak berulang lagi. Utk pengetahuan doktor slps menerima rawatan saya tidak lgi membuat hubungan seks. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, sekiranya rawatan pertama adalah dalam peringkat awql jangkitan sifilis, anda boleh bebas sifilis. Namun, sekiranya lambat, bakteria ini mungkin mengambil masa dan beberapa rawatan untuk dibasmi. Oleh itu, anda harus kembali ke doktor yang merawat anda untuk memeriksa ulser yang baru timbul.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.