Sulit
5 tahun
Penyakit suka bercakap sendiri dan kadang kala berkelakuan aneh serta memalukan diri
Selamat sejahtera doktor, sy seorang lelaki yg sudah berkahwin. Isteri sy ade seorang adik lelaki berumur 20 tahun baru keluar dari sekolah juvana kes dadah. Adik ipar saya tu terikut kawan ambil dadah dan mungkin juga hidu gam.
Selepas di bebaskan dari juvana kelakuan dia jadi pelik. Contoh suka bercakap sendiri, ketawa sendiri dan kalau mandi dia selalu menjerit. Perasaan malu dia pun mcam dh tiada kadang2 dia berbogel je daam rumah bila tegur baru pakai seluar. Yang paling teruk jika dia tak dapat hisap rokok dia jadi agresif tak boleh duduk diam.
Saya risau dia cederakan isteri saya atau anak sya sebab dia tinggal sekali dengan saya.
Soalannya apakah penyakit yang dihadapi adik ipar saya dan saya nak minta cadangan rawatan yang sesuai dengan penyakit tu. Terima kasih doktor…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham tentang kebimbangan anda. Pertama sekali, anda harus melaporkan hal ini kepada pihak kesihatan bagi memastikan adik ipar anda dapat diperiksa dan dirawat. Rawatan bagi masalah yang adik ipar anda hadapi ini memerlukan pemeriksaan dan preskripsi doktor dan kami memerlukan maklumat lanjut bagi membantu anda mengatasi masalah ini.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.




























