
fazzzrx
6 tahun
Penyakit vertigo dan sakit kepala
ayah saya berumur 51 tahun. Dan dia alami vertigo. Apakah rawatan yang sesuai untuk mengubati vertigo?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Punca vertigo adalah:
- BBPV (Benign Proxysmal Positional Vertigo)
- Penyakit Meniere’s: kerosakan pada organ dalam telinga akibat terkumpulnya cecair, mengakibatkan tekanan tinggi dalam telinga
- Labyrinthitis: bengkak pada kawasan sekitar saraf yang membantu imbangan badan dalam telling akibat jangkitan
- Vertigo juga boleh disebabkan kecederaan pada leher, barah otak, strok, atau kesan ubatan yang merosakkan struktur telinga
Untuk mengetahui tentang rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
Sekiranya anda adalah ahli Peduli Sihat, konsulatasi anda dengan doktor kami serta ubat-ubatan anda adalah PERCUMA!