Sulit
4 tahun
Penyebaran coronavirus
Selamat sejahtera doktor… saya ingin bertanya. Adakah coronavirus boleh merebak apabila membeli barangan yang dibeli dari china kerana berkemungkinan besar penjual item tersebut menyentuh barangan yang dibeli. Adakah mungkin virus tersebut merebak melalui sentuhan kerana kita tidak tahu sama ada penjual tersebut dijangkiti ataupun tidak. Mohon pencerahan doktor… terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, coronavirus adalah sejenis penyakit saluran pernafasan atas. Justeru, ia tersebar melalui cairan saluran pernafasan seperti batuk dan bersin. Antara yang boleh dilakukan bagi melindungi diri anda adalah:
- Menggunakan topeng muka yang bersesuaian
- Tutup hidung dan mulut semasa batuk atau bersin
dengan tisu - Segera membersihkan tangan selepas bersentuhan dengan cairan batuk, hingus ataupun bersin.
Untuk info dan maklumat lanjut, silakan klik pada link (KKM COVID-19) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini