Sulit
6 tahun
Perancang inject depo
Sya berumur 26 thn dan ambik perancang inject depo…skg ank saya da 1 thn 9 bulan tp sepanjang saya ambik inject depo ni saya x pernah period…adakah ia normal?dan ada juga ke yg mngdung org yg ambk depo ni?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pengambilan suntikan perancang mempunyai kesan-kesan seperti:
- Pendarahan yang berterusan selepas berhenti mengambil suntikan tersebut
- Kitaran haid akan berubah
- Haid mengambil masa untuk kembali kepada kitaran yang biasa selepas berhenti mengambil suntikan ini
- Berat badan bertambah
- Kemungkinan kebolehan menghasilkan ovum yang sihat akan mengambil masa lebih kurang setahun
Pada umumnya sewaktu pengambilan suntikan perancang ini, haid akan berhenti sepanjang tempoh suntikan ini bertahan (biasanya 3 bulan) dan ianya boleh menjangkau sehingga setahun dalam sesetengan kes kerana hormon badan mengambil masa untuk menyelaraskan semula hormon untuk kitaran haid normal. Seperti kesemua perancangan keluarga yang lain, peluang untuk kehamilan sewaktu mengambil perancangan keluarga adalah rendah namun masih ada dalam sesetengah kes.
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































