Sulit
2 tahun
Perancang keluarga implanon sebelum berkahwin
Hi doktor saya berumur 27 tahun dan bakal berkahwin pada bulan 5 tahun ini. Saya bercadang utk ambil implanon. Berapa hari sebelum disarankan ambil implanon sebelum hari perkahwinan saya ye? Dan adakah pengambilan implanon boleh membatalkan puasa?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi.
Jika anda mendapatkan implanon sewaktu 5 hari pertama haid anda, maka anda dilindungi daripada mendapat kehamilan. Namun jika anda mendapatkan implanon selepas 5 hari pertama haid anda, disarankan untuk anda menggunakan cara pencegahan kehamilan seperti kondom.
Walaubagaimanapun, seeloknya adalah menjarakkan masa selama 5-7 hari selepas mendapatkan implanon sebelum melakukan hubungan intim bersama pasangan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Mengenai puasa, kaedah ini tidak menjejaskan serta membatalkan puasa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda dan seisi keluarga, atau agar terapi dan perancangan keluarga yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.