Sulit
5 tahun
Perancangan sebelum hamil
hi doc , saya berumur 24 tahun dan telah mendirikan rumah tangga 5 bulan . saya merancang nak zuriat pada tahun ini . boleh kah saya consume acid folic sebagai persediaan awal ? acid folic brand apakah yg sesuai dan berkesan , doc boleh suggest kan untuk saya . tq .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pengambilan asid folik boleh diambil sebelum ataupun semasa mengetahui status mengandung. Memandangkan anda sedang mencuba untuk hamil, anda boleh mengambil pil tersebut. Anda boleh ambil dalam tempoh 3 bulan sewaktu merancang kehamilan. Setelah anda hamil, anda harus ambik sepanjang trimester pertama.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai asid folik ataupun mengenai kehamilan, anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































