jafari_zakaria
2 tahun
Perbezaa Swab Test dengan Executive Health Screening
Saya merasa tidak selesa di bahagian dada dan bahagian bawah tulang rusuk. Saya risau akan covid . Saya sebenarnya under treatment pakar perut…di syakki gastritis …dua bulan dah suffer sakit bahagian bawah tulang rusuk.Sekarang ni lebih kurang seminggu merebak ke bahagian dada . Adakah ini akibat dari gastrik tersebut atau gejala lain ?
Saya ada buat Executive Screening Health Test. Apakah bezanya ESH dengan Covid swab test ?
Tq in advance Doctor.
2 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui perbezaan antara executive health screening dan ujian saringan COVID-19. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda, executive health screening adalah saringan yang mengandungi ujian-ujian saringan untuk menilai kesihatan secara menyuluruh. Antara ujian-ujian yang dilakukan adalah:
- Pemeriksaan fizikal
- X-ray dada
- Ujian tekanan (stress test)
- Konsultasi bersama pakar dietitian
Jika perlu, doktor akan meminta untuk melakukan ujian-ujian lain mengikut kepatutan.
Ujian saringan COVID-19 atau swab test adalah ujian yang khas atau spesifik untuk mengesan jangkitan COVID-19 pada seseorang individu.
Bagi sakit yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti gastrik atau asid refluks. Namun ia juga boleh menandakan perkara yang lebih serius yang memerlukan pemerhatian lebih lanjut seperti masalah penyakit jantung dan ulser perut.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penilaian dan nasihat lebih lanjut dalam perkara ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih.