Dijawab oleh: Dr Ramzdhan
Saya seorang lelaki berumur 29 tahun. Saya mengalamai keguguran rambut. Sebelum ini saya mengambil ubat finasteride dibawah label doktor pakar rambut. Soalan saya apakah beza finagen 5mg dan finapecia 1 yang dijual di doctoroncall ini. Adakah fungsi kedua ubat ini sama sahaja untuk merawat keguguran rambut bagi lelaki.
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda ingin mengetahui tentang perbezaan antara finagen 5mg dan finapecia 1mg. Saya akan memberikan maklumat berkaitan situasi anda sebaik mungkin.
Untuk maklumat anda, kedua-dua ubat ini adalah dibawah klasifikasi finasteride. Finasteride adalah perencat reduktase 5-alpha. Ia berfungsi dengan menyekat pengeluaran enzim reduktase 5-alpha, yang mengubah testosteron menjadi dihydrotestosteron (DHT), merangsang pertumbuhan prostat dan menyebabkan keguguran rambut. Kesan DHT bersifat tempatan, yang bermaksud bahawa kehadirannya di kulit kepala tidak menunjukkan pembesaran prostat dan sebaliknya. Walaupun begitu, finasteride, dengan nama yang berbeza dan pada dos yang berbeza, berkesan dalam merawat kedua-dua keadaan. Nama jenama untuk finasteride termasuk Proscar (untuk prostat membesar) dan Propecia (untuk keguguran rambut). Ubat ini juga dapat mengurangkan risiko barah prostat peringkat rendah.
Dalam perkataan yang mudah, kedua-dua ubat ini adalah finasteride yang mengandungi dose yang berbeza. finagen 5mg sering digunakan untuk mereka yang mempunyai masalah pada kelenjar prostat, dan finapecia pula sering digunakan untuk masalah lelaki yang keguguran rambut. Kedua-dua ubat ini mampu membantu menangani masalah botak kaum lelaki.
Anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk mengetahui diagnosis yang tepat agar rawatan yang bersesuaian dapat diberi.
Saya harap jawapan saya mencukupi, namun jika anda ingin mendapatkan keterangan lanjut, anda boleh menghubungi doktor kami untuk bercakap dengan mereka secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.