
natashaabu11
5 tahun
Perbezaan perut pregnant dan perut buncit/lemak
Nak tanya. Perut pregnant pada awal usia kandung seperti 2 bulan masih boleh tarik nafas dan kempiskan perut sampai tk nmpk apa apa kat perut? Ke tak boleh sbb dh ada bentuk bulat sikit kat perut?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Bagi menjawab persoalan anda, pada usia kandungan dua bulan, saiz perut akan mula kelihatan dan tidak boleh disorokkan dengan menarik nafas. Akan tetapi, ia selalunya tidak terlalu menonjol bergantung kepada saiz badan individu dan cara berpakaian.
Pemakaian yang longgar pastinya tidak menonjolkan bahawa anda hamil dan sebaliknya jika berpakaian ketat.
Selain itu, terdapat juga gejala-gejala lain jika anda mengandung seperti tidak datang haid dan muntah-muntah serta rasa mual.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi sebarang persolan lain. Terima kasih.