sharifahaliea
5 tahun
Perbezaan simptom asthma dan covid19 bagi pesakit asthma yg dah batuk selama seminggu lebih
sy berumur 28tahun… bekerja di sektor swasta sebagai pharmacist assistant… selalu ada contact dgn customer yg mana tidak pasti ada covid atau pun tidak… dan sy ada asthma…
masalah sy skrg,sy dah 2minggu demam on off… batuk serta selsema… dan asthma attack makin teruk sejak 2minggu ni… dan dah dapatkan rawatan di hospital minggu lepas…memang sekadar asthma attack… tapi persoalan sekarang sesak nafas sy makin menjadi2 walaupun dah ambil ubat inhaler dan jugak prednisolone…sesak nafas beserta dengan batuk tanpa kahak… adakah perlu sy jalani saringan utk covid19?
5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih untuk soalan yang telah anda ajukan. Saya memahami kebimbangan anda. Menurut WHO, simptom-simptom yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 degree celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Untuk makluman anda, sesak nafas akibat asma kebiasaannya disebabkan oleh faktor allergent. Jika anda dapati dan kenal pasti faktor ini, cuba asingkan diri anda daripadanya dan lihat perkembangan sesak nafas yang anda alami. Selain itu, asma juga mengalami batuk pada waktu malam. Jika anda alami gejala ini, ia lebih menjurus kepada asma.
Walaubagaimanapun, kita tidak boleh mengecualikan risiko COVID-19. Anda digalakkan agar melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.
SImptom yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antara Punca-puncanya ialah:
- Anemia - kurang darah merah
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- Penyakit jantung koronari
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/.

Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini

































