Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Period 2bulan sekali berturut-turut

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Ogos 9, 2020 9:06 AM

Sulit 51 hari

Hai dr, saya patient berumur 19 thun, semenjak cuti covid -19 ini, period saya datang 2buln sekali secara berturut-turut. Dan saya juga mengalami masalah sukar tidur kerana pernafasan yg tidak stabil dan juga heart beat saya laju pd ketika itu. Adakah ia saling berkai? Jika tidak, kenapa period saya jadi begitu?

Dr Sashini Seeni 51 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah haid terlalu kerap boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:

  • Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
  • Tekanan emosi
  • Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
  • Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
  • Mengambil pil perancang kehamilan
  • Masalah polycystic ovarian syndrome
  • Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks

Anda mungkin mengalami masalah pernafasan yang kurang lancar dan jantung berdegup pantas kerana masalah kurang darah merah akibat haid terlalu kerap. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Anda juga boleh bercakap dengan doktor pakar ginekologi (Gynaecologist) untuk mendapatkan pendapat mereka di sini. Pakar ginekologi merupakan doktor yang arif dalam masalah kesihatan wanita. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Sun Aug 09 2020 09:06:09 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid tidak teratur secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
RM19.99
Konsultasi Pakar
Dari RM80
Sulit
Kencing tak lawas and perut cramp Sy wanita dan berkahwin berumur 29. Sy mengalami kencing tidak lawas 2/3 hari ni. Dan terasa hendak ddk toilet. Perut terasa cramp. Period sy tak regular. Baca lagi...
8 hari
Sulit
Period keluar ketulan daging kecil dan kitaran haid lebih pendek tidak seperti biasa. adakah ia normal atau tidak? Saya sudah period pada bulan ni. Tapi kitaran haid saya pendek dari biasa. 14 hari selepasnya saya period lagi. Period kalini ada keluar sedikit ketulan daging kecil sahaja. Ia bukan ketulan dar… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Kitaran haid yang tidak teratur selama beberapa tahun Hi doctor,saya ada masalah kitaran haid yang tidak teratur sejak form3(2016) dan kini saya berumur 19 tahun. Sejak 2016 saya period hanya 3/4 kali sahaja dan tahun ni 2020 saya hanya period 2 ka… Baca lagi...
5 hari
Sulit
Darah haid hanya keluar sedikit pada Hari ketiga Dan seterusnya Salam. Saya pelajar berumur 18 tahun ingin bertanya tentang masalah di mana darah haid saya semakin sedikit keluar . Bulan lalu sy selalunya akan haid pada 7 ogos , tetapi bulan ini pada 10 Sept… Baca lagi...
14 hari
Sulit
Haid datang dalam tempoh bebrapa jam dan berhati salam…saya berumur 23 tahun sejak setahun yg lalu kitaran haid saya 10 hari paling lama dan ianya sangat sakit tak mcm biasanya tpi bulan ni tempoh haid saya sama 10 hari cuma darah tu datang ba… Baca lagi...
6 hari
Tanya Doktor Percuma Sambutan Hari Malaysia: Baucar RM15