
jamnahhh
5 tahun
Period atau keguguran
Assalamualaikum.,hye sy hendak bertanya…adakah upt masih positif selepas keguguran…sb sy x pasti sama ad sy period atau keguguran…kerana darah yang keluar semalam, lebih kurang dua kali berketul, anggaran besar 4jari sy
Dan harini pn masih keluar ketulan, tp agak berbeza dr bentuk semalam,ketulan ad warna putih(jernih)…
Kalau check guna upt, adakah masih positif,sb nk tahu saya keguguran @ mmg period…
Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan soalan anda,ujian UPT masih boleh menjadi positif selepas beberapa hari tamat keguguran. Anda boleh lakukan ujian UPT pada keesokkan hari atau 2 hari lagi bagi melihat status kehamilan anda. Sekiranya anda mempunyai sakit perut, demam dan pendarahan yang berterusan, anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan di hospital segera. Sekian