Sulit
3 tahun
Period berpanjangan melebih 2 bulan dan tidak berhenti
Saya wanita berusia 29 tahun. Sy mengalami period berpanjangan sejak februari tempoh hari. Sehingga hari ni period sy masih tidak berhenti. Sy sudah ke klinik dan doc memberikan sy ubat ravimed berwarna pink. Sy mkn setiap hari tapi masih tidak berhenti. Skrg period sy berwarna coklat sebelum ni berwarna merah dan begitu byk sekali. Apa yg perlu sy buat doc bg mengatasi period sy dan apa ubt yg perlu utk sy doc. Terima kasih doc
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, pendarahan haid yang sedikit lama yang anda alami boleh disebabkan:
- Kesan ubat seperti ubat cair darah
- Masalah darah iaitu komponen coagulasi
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kanser rahim
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































