Sulit
3 tahun
Period berpanjangan melebihi 1 minggu
Saya berusia 25tahun , obesiti 135kg ketinggian 173cm , baru berkahwin 1 bulan , sebelum ni sy ada cyst 3cm , dan sudah kecut sekarang , saya tidak dtg haid selama 9bulan , 15 dec 2020 sy dtg haid , tapi sudah 7 hari haid tidak berhenti , ini mendatangkan kerisauan bg saya … bantu saya utk mencari punca
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda hadapi. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa seseorang itu mengalami masalah haid yang berlebihan atau tidak teratur, seperti:
- Polip rahim
- Fibroid rahim
- Endometriosis atau adenomyosis
- Stres dan tekanan emosi
- Ketidakseimbangan hormon
- Jadual kerja yang terlalu padat dan aktif
- Struktur rahum yang tidak normal
- Masalah ovari
- Masalah kelenjar tiroid atau/dan pituitari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa tanpa kebocoran.
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara umum mengapa anda mengalami masalah sedemikian. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan dan rawatan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami di atas talian. Terima kasih.