Sulit
5 tahun
Period berpanjangan selepas cucuk perancang
Saya baru bersalin anak pertama awal tu sy tk mkn pun ap2 ubt perancang period sy teratur ja masa anak sy 4 bulan nurse nak sy cucuk perancang tu dia takut sy pregnant dia tak cita pun piriod akan jadi tak teratur ka apa dia cuma cakap tak boleh pregnant jaa selama 3 bulan sy pun dah baru lagi tak terpikiaq langsung nak amik perancang sbb dah gtau nak rancang sendiri dia tak bagi dia takut sy pregnant lepas cucuk 3 bulan tuu sy dah tak pi cucuk dah lepastuu period sy jadi berpanjangan
tak lama lagi nak puasa macam mana nak stop pendarahan nii ?? Tapi sy solat seperti biasa tapi sebelum solat mandi n bersihkan dulu 
tapii sy ada pergi klinik jumpa dok dia bagi ubat berhenti darah kat sy still ada:sob:

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Untuk makluman pihak puan, kesan sampingan suntikan depo adalah :
- Kitaran haid yang tidak menentu (pendarahan berlebihan atau ketiadaan haid)
- Perubahan berat badan
- Sakit kepala
- Perut kembung dan rasa tidak selesa
- Senggugut
- Rambut gugur
Kebiasaannya, kesan sampingan ini adalah sementara sahaja dan berlaku di awal pengambilan suntikan.
Anda disarankan untuk merujuk ke doktor untuk memastikan kesan sampingan berlaku tidak disebabkan oleh penyakit lain. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































