
noorshazlina
4 tahun
Period berpanjangan tapi sedikit sahaja (spotting sahaja)
Saya mengalami masalah period yang berpanjangan tapi period yg datang hanya dlm bentuk spotting sahaja… bulan lepas saya mengalami kelewatan datang period selama 6 minggu…bila period dtg pada 3 hari pertama cuma dlm keadaan spotting sahaja kemudian utk hari ke 4 dan 5 period dtg dlm keadaan heavy flow…kemudian hari ke 6 period semakin berkurang dan semakin sedikit (spotting) namun berterusan sehingga hari ke 12…kemudian period berhenti dan selepas satu minggu spotting darah period berlaku lagi…saya terfikir adakah disebabkan emosi,tekanan,hormon dan keletihan menjadi faktor period saya terganggu…untuk pengethanuan doktor saya merupakan seorang yang mengalami period yang teratur…kini saya berusia 37 tahun…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, anda mungkin mengalami pendarahan spotting . Spotting merupakan pendarahan secara minima seperti titisan darah sahaja pada seluar dalam atau pantyliner ataupun semasa mengelap bahagian kelamin dengan tisu. Spotting berlaku dalam tempoh yang singkat sahaja di luar masa haid yang biasa.
Antara sebab mengapa seseorang mengalami pendarahan spotting adalah:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Pengambilan perancang kehamilan boleh menyebabkan spotting
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa
Anda masih risau tentang spotting ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.