
Sulit
5 tahun
Period Berwrna coklat dan delay 5 hri
Saya berumur 39 tahun dan sudah berkahwin.
Saya nk tnya… Apa yg perlu saya ambik atau amalkan smggu sblm period saya dtg? sbb saya dh lambat 5 hri. dan kdg2 tiap2 bulan mmg akan lambat 4 atau 5 hri.
Kemudian bulan Jun dan Julai saya period darah haid saya wrna coklat selama 4 hri. 2 bln berturut mcm tu. Berbanding sblm ni haid darah spt biasa dan byk. Kenapa ini terjadi yer? saya ada masalah dalaman ker? Cuma bln 8 ni saya x period lg dan dh delay 5 hri…

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid lewat dan berwarna coklat ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Pendarahan implantasi kehamilan
- Sesetengah wanita mengalami spotting sewaktu ovulasi
- Perubahan hormon akibat perkara seperti gangguan emosi, tekanan, aktiviti harian yang sibuk dan kegiatan lasak
- Terdapat ketumbuhan polip atau fibroid di dalam rahim
- Perimenopaus
- Perancangan kehamilan seperti suntikan depot, pil dos rendah atau pil progestin sahaja, IUD hormon
Mengenai makanan tambahan ataupun ubatan yang perlu diambil, ia bergantung kepada punca kepada permasalahan ini. Sebagai contoh jika anda hamil, maka pengambilan asid folik adalah penting dalam tempoh awal kehamilan. Secara umumnya, pemakanan seimbang yang mengandungi zat besi, vitamin dan protein mencukupi adalah mencukupi. Berat badan juga memainkan faktor kerana berat yang terlalu rendah atau tinggi akan mempengaruhi kitaran haid.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.