Anonymous
6 tahun
Period datang just a spotting
Saya wanita 20an . Saya period last pada 16/6 . Dan pada hari tersebut hanya sehari shj period dtg , tp just spotting . And lepas pd hari tersebut smpai harini 12/7 saya tak dtg period … sebelum ni period date saya mmg tak menentu , tp normally mmg 4-5hari jangka masa period tu … tp pd 16/6 just a spotting and takda lagi lepas tu … saya dh cek pregnancy test negative …
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala “spotting” dan ketidak-tentuan haid boleh disebabkan:
- Penggunaan pil perancang
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



























