
mahanimy1906
5 tahun
Period dua kali dalam sebulan
Saya telah period dari 3-11 May kemudian period lagi dari 23 May. Saya ada fibroid dlm 2cm

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan penerangan diatas kami memahami anda mengalami haid tidak teratur.Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkannya iaitu:
Tekanan Emosi
Masalah emosi atau tekanan perasaan boleh menyebabkan haid terhenti.Ubat-ubatan
Seperti Ubat sawan, ubat penenang, pil perancang kehamilan, pil-pil hormon boleh menyebabkan kitaran haid terganggu.
- Masalah Perubatan yang lain: Polycystic Ovarian Syndrome (PCOS), masalah kelenjar tiroid, Kencing manis yang tidak terkawal.
Oleh sebab anda telah pun mempunyai salah satu factor risiko iaitu fibroid hal ini tidak boleh dipandang remeh dan memerlukan pemerhatian doktor.
Untuk mengetahui punca masalah anda, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian. Terima kasih.