
Sulit
5 tahun
Period Dua Kali Sebulan
sya berumur 35 tahun, bujang, period pertama saya pada bulan in pada 15 August dah habis pada 23 August, Sekarang masalah saya period yang kedua datang semalam 29 August sekitar 11.00 pagi, saya ada mengambil suplement untuk memudahkan saya tidur & saya juga sedang membuat IF Intermittent Fasting, kadang 16 jam hingga ke 20 jam, saya banyak minum green tea. Mengapa period saya datang 2 kali, seumur hidup tak pernah perkara macam ni.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan anda, terdapat kemungkinan perubahan haid anda berlaku akibat kesan sampingan supplement yang anda atau kesan daripada IF (Intermitten Fasting) tersebut. Untuk makluman anda, perubahan pola pemakanan secara tiba-tiba atau pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan gangguan kepada kitaran haid. Terdapat kemungkinan anda tidak mengambil pemakanan yang betul sewaktu mengamalkan Intermitten Fasting menyebabkan masalah ini berlaku. Namun, kemungkinan lain yang menyebabkan masalah haid tidak teratur perlu diambil kira seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah polycystic ovarian syndrome
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.