
Sulit
3 tahun
Period flow tak kena atas pad
hi doc… saya rajes… i nak tanya. 2 bulan ni period flow saya tak kena atas pad …hanya keluar bila kencing. saya amat risau… boleh saya dapat nasihat dari doc … thank you

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah period hanya keluar bila kencing boleh dikelirukan dengan gejala kencing berdarah yang boleh disebabkan:
- Jangkitan kuman pada saluran kencing
- Batu karang
- Keradangan pundi kencing
- Masalah pendarahan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan