Sulit

3 tahun

Period Hampir Masuk 2 Bulan

Hello Doctor,saya berumur 17 tahun saya masih sekolah,tahun ini saya spm.Saya jenis period yang berselang bulan maksudnya bulan ini period bulan depan tidak.Saya period anggaran 8-9 hari bagi saya normal.Jadi last saya period 16/2 - 23/2/2020.Jadi period seterusnya akan datang pada bulan 4 tapi period saya tak datang.Dan saya tak tahu kenapa. Ini adalah catatan saya semasa period (Jadi tibalah 3/5 banyak darah beku keluar masa 3/5 ni … lepastu 5,6, tak ada keluar langsung darah … then 7,8 keluar 9 pula tk keluar dan skrng masuk 11 hari bulan darah keluar tapi sikit … Hari ni 12/5 darah warna coklat … ) Selepas kejadian itu terus saya pergi klinik untuk dapatkan rawatan,doctor bagi ubat untuk berhenti kan darah,saya dah habiskan pun ubat itu tapi still masih keluar darah,tapi ketika saya buang air kecil,nanti ada cairan seperti hingus yang berdarah.Saya tahu itu maknanya saya period.Tapi ada dalam masa yang sama pada bulan 5 itu selepas catatan saya itu,saya tak datang period dan saya lupa untuk tulis tarikh nya tapi anggaran saya dalam 4-5 hari saya tak datang period tapi hari lain datang baliklah.Dan sampai sekarang 4/6 saya masih period…sering juga keluar darah macam hingus berdarah itu.Dan apa yang saya perasan darah hingus itu lebih banyak keluar daripada sebelum ini.Dan saya lupa nak bagi tahu, doctor ada kata sekiranya saya habis minum ubat ini tapi darah masih keluar dia suruh saya datang balik,tapi saya tak datang…sebab saya takut ada apa-apa perkara yang berlaku lagi pun sekarang pkp.Semasa saya makan ubat itu,darah tiada berhenti malahan bertambah.Jadi apa yang harus saya lakukan ? Terima Kasih doctor atas jawapannya.

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan dan sejarah kesihatan yang anda berikan, untuk menangani permasalahan pendarahan haid berpanjangan ini, punca sebenar perlu diketahui. Terdapat faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan gejala yang serupa seperti:

  • Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
  • Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
  • Masalah pembekuan darah
  • Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah

Antara rawatan lain bagi pendarahan berlebihan adalah seperti pil perancang keluarga, IUCD, rawatan hormon, kaedah “ablation” dan pembedahan. Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

womenshealth2

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (50)