Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Period hanya 3 hari amat nerisaukan saya kerana tanpa apa - apa sakit

Dijawab oleh: Dr Nur Syuhada binti Zulkifli

Dikemaskini pada: April 28, 2020 1:06 PM

Sulit 2 bulan

saya Anis period terlalu pendek beberapa Bulan ni…selalu Akan sakit pinggang, tetapi beberapa Bulan ni tiada Rasa sakit

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli 2 bulan
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk pengetahuan anda, kitaran haid yang normal adalah 2-7 hari. Oleh itu, kitaran haid anda masih dikira normal.

Selain itu, masalah sengugut atau sakit-sakit semasa datang hadi boleh hilang seriring dengan bertambahnya usia. Pada pendapat saya, anda tidak perlu bimbang sekiranya ia tidak sakit berbanding dengan apabila ianya sakit.

Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya anda risau dengan gejala anda dan ingin mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.

Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Apr 28 2020 13:06:43 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.89
Sulit
Masalah haid berketul dan pms teruk saya wanita berumur 24 tahun, bujang, tidak pernah melakukan seks dan tidak pernah makan apa2 jenis pil. sebelum ini haid saya normal dan tidak pernah kena pms yg teruk. tapi sejak hujung tahun… Baca lagi...
6 hari
Sulit
Masalah- kesihatan -wanita Hai doc,saya ingin bertanya… Mengapa setiap kali saya nak datang haid belkang pinggang sya niglu smpi ke pingul dan ari2 sya pun terasa sakit? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Saya mengalami senggugut yang teruk. Saya sudah menghadapi masalah ini selama 2 tahun lebih. Saya khawatir jika masalah ini berlarutan dan boleh menyebabkan masalah yang lebih serius Hi. Saya wanita berumur 22 tahun. Berkaitan senggugut ketika datang haid. Saya akan mengalami sakit seperti senggugut daripada 3 atau 4 hari sebelum datang haid sehingga hari pertama dan kedua d… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Senggugut tapi tidak haid Sy baru habis haid selepas 3 bulan tidak datang haid,tp tupun hnya 3 hari sahaja dan keluar haidnye sikit je,soalan sy apa punca sy merasa sakit ponggang dan perot seperti senggugut sedangoan da… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit perut Dan muntah-muntah Saya berumur 15 tahun sering sakit perut Dan loya selepas period beberapa hari ni…Mohon pencerahan Baca lagi...
3 bulan
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi