Sulit
3 tahun
PERIOD HARI KE 27. Masih banyak walaupun dah makan ubat berhenti darah d
Saya perempuan, dan saya berumur 20 tahun. Baru berkahwin pada 26 nov lepas. Pada bulan nov semasa nikah, saya tengah period. Bulan 12 pula saya tak period. Bulan 1 saya period. Bulan 2 saya tak period. Bulan 3 pada 3 mac, saya period sehingga lah hari ini. Dah 27 hari. Saya dah pergi klinik dan makan ubat henti darah. Tapi masih sama dan banyak. Kenapa ya doc? Saya buntu. Saya dah ada rasa sakit kepala. Untuk pengetahuan doc, saya dah makan ubat benti darah dari hari ke 16 saya period. Dan saya pergi ke klinik lain pada hari ke 23 sebab kepala saya dah sakit, pun klinik tu bagi ubat yang sama.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Pendarahan banyak semasa haid (“menorrhagia”) sebenarnya merupakan masalah yang dihadapi oleh ramai wanita. Pendarahan ketika haid dianggap banyak sekiranya ia berlangsung selama >7 hari, menyebabkan tuala wanita anda dipenuhi darah setiap 1 jam selama beberapa jam, memakai >1 pad untuk mengelakkan limpahan, perlu menukar pad pada waktu malam dan pelepasan ketulan darah beku lebih besar daripada syiling bersaiz 20 sen. Kehilangan darah yang berlebihan boleh mengakibatkan anemia jenis kekurangan zat besi dan seterusnya boleh menjejaskan jantung dalam jangka masa panjang jika tidak dirawat.
Masalah anda boleh terjadi disebabkan kesan sampingan ubat yang anda ambil tetapi terdapat banyak penyakit yang boleh menyebabkan “menorrhagia” seperti:
- Fibroid atau polip: ketumbuhan bukan kanser di dalam rahim
- Adenomyosis: Lapisan dalaman rahim meresap ke dalam dinding otot rahim
- Ovulasi yang tidak teratur: Apabila ovulasi tidak berlaku, penebalan lapisan dalaman rahim anda berlaku. Pendarahan berat berlaku apabila lapisan ini dilepaskan ketika haid seterusnya. Ini boleh berlaku ketika seseorang sedang melalui menopaus ataupun akil baligh. Wanita yang mempunyai sindrom ovarium polikistik (PCOS) dan yang hipotiroid juga boleh mengalami masalah ini.
- Ubat-ubatan seperti penipis darah dan aspirin
- Alat kontraseptif intra-rahim boleh menyebabkan haid yang lebih berat pada peringkat awal selepas ia dimasukkan
- Penyakit yang menyebabkan darah sukar untuk membeku
- Endometriosis
- Kehamilan di luar rahim (kehamilan ektopik) atau keguguran
- Penyakit radang pelvik (Pelvic inflammatory disease)
- Kanser organ-organ reproduktif
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda yang berdekatan bagi mengenalpasti masalah anda dengan lebih tepat. Sebelum itu, kami sarankan anda untuk mengurangkan berat badan anda dan mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat bagi memastikan faktor tersebut dikecualikan.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.