Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Period keluar daging @ selaput putih merah

Dijawab oleh: Dr Sashini Seeni

Dikemaskini pada: Julai 14, 2020 4:42 AM

Sulit 27 hari

Assalamualaikum doktor, saya ada masalah senggugut yang teruk. Period saya agak teratur. Kadang2 lambat seminggu, kadang awal seminggu. Masalah senggugut saya boleh diatasi dgn makan pil tahan sakit. Tapi saya xnak biasa kan bergantung pada ubat. Bila saya xmakan pil tahan sakit. Senggugut saya memang teruk. Setiap kali period mesti ada keluar selaput seperti daging. Sebelom daging tu keluar, saya rasa sangat2 sakit dalam rahim. Mngkin proses daging tuu nak luruh. Boleh doktor jelas kan macam mana daging tu wujud dan apa sebenarnya yang terjadi?

Dr Sashini Seeni 27 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, kemungkinan besar apa yang anda maksudkan dengan ‘daging’ itu ialah tisu lapisan endometrium yang keluar semasa haid atau darah beku. Darah beku untuk beberapa hari pertama dikira sebagai normal jika tidak terlampau banyak. Sekiranya banyak ketulan darah dan anda perlu menukar pad beberapa kali dalam sehari, ini dikira pendarahan banyak. Masalah senggugut boleh disebabkan oleh banyak perkara. Contohnya:

  • Akibat bahan kimia prostaglandin yang dibuat di dalam lapisan rahim.
  • Endometriosis - Dalam keadaan ini, tisu dari lapisan rahim didapati di luar rahim, seperti pada ovari dan tiub fallopian, di belakang rahim, dan pada pundi kencing. Tisu ini akan berkelakuan seperti tisu rahim dan melekat-lekat sehingga menyebabkan rasa sakit.
  • Adenomyosis-Tisu yang biasanya melekat pada rahim mula tumbuh di dinding otot rahim.
  • Fibroid-Fibroid adalah pertumbuhan yang terbentuk di luar, di bahagian dalam, atau di dinding rahim. Fibroid yang terletak di dinding rahim boleh menyebabkan kesakitan.

Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor supaya pemeriksaan lanjut dapat dikendalikan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda boleh juga mendapatkan pendapat seorang pakar wanita (Gynaecologist) yang lebih arif dalam sistem reproduktif wanita dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya melalui link ini (specialist booking).Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Tue Jul 14 2020 04:42:45 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Haid Sakit dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Sakit Kepala Selepas Datang bulan Saya berumur 27 tahun. Setiap bulan selepas habis period saya mesti akan sakit kepala. Adakah ini normal? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Senggugut selepas berkahwin dan bersalin Saya telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Masalah senggugut terjadi apabila saya merancang untuk mendapatkan anak ketiga bermula Februari 2019. Senggugut saya berlaku selama 2 hari tetapi… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Sakit badan , sakit perut Dan sakit kepala sebelum period Doc saya kalau 2minggu nk period mesti saya sakit perut ,sakit badan Dan sakit kepala doc Ada Tak nasihat Selain mengambil ubat than sakit saje?ia dikira normal ke? Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Masalah haid berketul dan pms teruk saya wanita berumur 24 tahun, bujang, tidak pernah melakukan seks dan tidak pernah makan apa2 jenis pil. sebelum ini haid saya normal dan tidak pernah kena pms yg teruk. tapi sejak hujung tahun… Baca lagi...
38 hari
syera.arahaman94
Cyst dan sakit senggugut Hai doktor . Saya berumur 26 tahun dan sudah berkahwin hampir 5 bulan. Selepas kahwin haid saya jadi tak teratur then saya scan rahim di klinik dan dapat tawu saya ada ovarian cyst sebesar 1.7cm. Dokt… Baca lagi...
4 bulan
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >