
Anonymous
5 tahun
Period ketika makan pil perancang
Hi doc.
Sy berusia 40tahun dan makan pil perancang diane35. Hari2 makan tak pernah lupa. Tetapi pada hari ke 15, sy keluar darah agak banyak seperti period.
Adakah itu darah period?
Haruskah sy teruskan makan pil perancang atau berhenti seketika sehingga darah habis?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Pendarahan kecil atau spotting dalam 3 minggu pertama mengambil Diane35 adalah biasa dan selalunya akan berhenti dengan sendiri selepas pengambilan ubat diteruskan
Namun, oleh kerana puan mengalami pendarahan yang agak banyak seperti darah period, saya sarankan untuk puan berjumpa dengan doktor
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.