
Sulit
3 tahun
Period lambat seminggu & UPT test result positive
Saya wanita berumur 25tahun. Mempunyai anak 7tn & 1tn 8bln. Saya dh lambat period selama seminggu & dh buat UPT test, result +. Macam mana boleh saya kira usia kandungan? Saya & suami Belum bersedia untuk Ada anak Lagi disebabkan anak ke-2 Masih Kecik. Apa pendapat doc untuk saya lakukan? Adakah Cara untuk saya gugurkan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami situasi anda yang hamil dan belum bersedia untuk menempuhi kehamilan ini.
Untuk pengetahuan anda, undang-undang Malaysia tidak membenarkan wanita menggugurkan kandungan sesuka hati . Anda amat dinasihatkan untuk merujuk perkara kepada doktor terlebih dahulu iaitu melalui konsultasi secara langsung dengan doktor.
Anda dilarang untuk mengambil ubat gugurkan kandungan melainkan dengan nasihat doktor atas faktor seperti masalah kesihatan yang mungkin terjadi kepada anda dan sebagainya. Hal ini bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain daripada berlaku.
Anda disaran untuk berbincang dengan ahli keluarga dan pasangan bagi mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Klik di sini untuk bercakap dengan pakar obstetrik.