Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Period lebih 14 hari

Dijawab oleh: Dr Ramzdhan

Dikemaskini pada: Julai 13, 2020 3:59 PM

Sulit 28 hari

saya wanita 27 tahun sudah berkahwin selama 4 bulan, saya mengalami period yg tidak teratur dalam tempoh dua bulan ini. period pertama dan kedua hanya selama 3/4 hari sahaja(berwarna coklat2). dan skrg sya mengalami period lebih 14 hari. minggu pertama hanya berwarna coklat2 sahaja minggu kedua bleeding . selera makan saya semakin menaik. mohon pencerahan doktor ~ terima kasih

Dr Ramzdhan 28 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Saya faham tentang masalah haid berpanjangan yang anda sedang hadapi. Terdapat segelintir wanita yang menghadapi masalah ini. Ia boleh disebabkan oleh masalah kesihatan, masalah tekanan, atau masalah fizikal. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan gejala yang anda hadapi seperti:

  • Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui dan kebanyakan wanita alami masalah ini
  • Kanser rahim atau serviks - gejala lain seperti hilang berat badan dan lemah
  • Masalah pembekuan darah
  • Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ibuprofen/aspirin yang mencairkan darah
  • Masalah tiroid
  • Tekanan
  • Gaya hidup aktif

Untuk makluman anda, senaman amat bagus untuk mengubah kitaran haid kepada lebih normal, maka teruskan usaha anda untuk bersenam. Amalkan oemakanan yang sihat kerana makanan segera adalah antara faktor utama kitaran haid berubah dan boleh menyumbang kepada haid berpanjangan.

Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Mon Jul 13 2020 15:59:49 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.88
Konsultasi Atas Talian
Sekarang anda boleh terus dapatkan konsultasi doktor secara online mengenai masalah Haid Berpanjangan dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor
Sulit
Period anak yang berumur 12 tahun lebih 1 bulan Anak saya berumur 12 tahun. Sudah hampir 2 bulan periodnya masih belum berhenti. Saya sudah berjumpa doktor di klinik. Buat masa ini doktor menyarankan anak makan multivitamin. Adakah saranan la… Baca lagi...
36 hari
Sulit
Hb rendah disebabkan haid DLM sebulan Sy wanita berumur 36 then…Baru Baru ni haid sy melebihi 3 minggu.ini Menyebabkan Hb at rendah 7.8-8.3.dr sini suggest mkn ubat tambah darah.perlukah sy buat blood transmission…sebab sy jalan pu… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Perod more than 12days Hi doktor . Saya ingin bertanya saya pernah mengalami period dalam 12 hari dan selang seminggu saya period lagi . Adakah ia normal atau berpenyakit? Baca lagi...
45 hari
Sulit
Period dtg dlm(10-18hari) Sy wnita dlm 20an,sudah brkahwin…kitaran perjod sy x teratur,bln lps period sy dtg 21.4-5.5(15hari) dan skrg sy period lg start 26.5 smpai skrg(16hari) n drh masih x brhnti…apakah punca period s… Baca lagi...
2 bulan
Sulit
Haid berpnjangan (tidak menentu kadang banyak,atau sedikit) Salam sejahtera. Saya berumur lewar 20an. Sejak 3-4 tahun ini haid saya berpanjangan. Semakin lama… tempoh haid tu semakin panjang… Pada mulanya hanya 2minggu… kini pernah sehingga 3bulan tanpa … Baca lagi...
38 hari
Tebus baucar RM15 di e-farmasi >