faizela5857
3 tahun
Period lebih 15 hari 3 bulan berturut-turut
Hai,saya wanita berusia 31 tahun. Mengalami pendarahan melebihi 15 hari secara 3 bulan berturut-turut. Telah pergi ke KK yang berhampiran. Dibekalkan tranexamic acid. So untuk cycle ke 3 saya tidak lagi pergi ke kK kerana telah dibekalkan stok tranexamic acid. Malah pihak kK juga telah membuat referral letter ke HKL. Di HKL pula saya telah diberikan temu janji pada Mei nanti. Soalan saya apakah kesan sampingan sepanjang saya terpaksa consume tranexamic acid bagi tujuan pemberhentian darah period kerana melebihi 15 hari secara 3 bulan berturut. Confius kne pihak hospital tidak terus mngmbil tindakan… Saya ke swasta, ke kK dan ke hospital… Namun akhirnya doktor hanya memberikan tarikh pada bulan Mei… Bagaimana kalau saya datang pada bln 5 nnti sudah terlewat untuk Mengesan penyakit… Tau2 nanti dah ada barah contoh… Kesian la kami rakyat marhaen ini😭… Saya sangat kesah kan kesihatan saya. Namun itula pihak hospital bagi date yg sangat lambat… Tolong saya doktor… Tq
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang lebih 15 hari selama 3 bulan berturut-turut. Secara umum, masalah haid sebegini disebabkan oleh beberapa kondisi kesihatan, seperti:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.
Akan tetapi, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan diagnosis yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid berpanjangan? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!