Sulit
5 tahun
Period lewat, stop pil.perancang
Saya wanita yg dah berkahwin dan mempunyai anak 2 orang… selepas bersalin ank kdua sya ada mengambil pil perancang selama 4tahun…selepas berhenti perancang pada bulan pertama jan 2020 tarikh yg sepatutnya saya datag period 13/2/20 tp period sy tak datang. Sy selalu dpt sakit kepala. Adakah kesan sebab berhenti pil perancang atau sy pregnant? Saya xcheck lagi sebab mcm awal sangat. Apa nasihat doc?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, gejala yang anda alami ini mungkin merupakan kesan sampingan pil perancang melihatkan anda telah mengambilnya dengan jangka masa yang panjang. Antara kesan sampingan pil perancang adalah seperti:
- Haid/Pendarahan yang tidak teratur
- Loya
- Sakit payudara
- Berat badan bertambah
- Sakit kepala
- Gangguan emosi
Namun, ini tidak bermakna anda tidak berhamil. Ujian kehamilan ini boleh dibuat jika anda perasan haid sudah lewat daripada biasa dan and telah melakukan hubungan kelamin dengan suami pada waktu subur, anda boleh sahaja memeriksa status kehamilan dengan ujian UPT dengan teknik yang betul.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































