Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Period melebihi 14 hari dan berketul saiz lebih bsr dr 20sen

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: September 20, 2020 2:21 AM

Sulit 30 hari

Saya wanita berumur 35thn,kahwin dan ada anak … Period sya dah lebih 14 hari dan berketul saiz.besar dr 20 sen… saya juga mengalami period yg tidak teratur… selain tu juga setiap kali lps bersama suami saya akn memgalami pendarahan.

Dr Sri Viknarajan 30 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.

Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah kitaran haid. Untuk makluman anda, masalah anda boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu:

  • Stress
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Jangkitan kuman atau STI ( Sexually Transmitted Infections )
  • Penggunaan pil perancang
  • Ketumbuhan fibroid dalam rahim
  • Penyakit keradangan pelvis (PID)
  • Masalah tiroid
  • Masalah ovari atau sista ovari
  • Ovulation spotting

Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.

Anda perlu berjaga jaga jika berasa keletihan kerana banyak darah yang keluar atau berasa hendak pitam. Anda disarankan untuk berhubung dengan pihak kami.

Pendarahan selepas bersama boleh disebabkan:

  • Faraj kering (“vaginal dryness”)
  • Kurang pelincir ketika seks
  • Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
  • Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
  • Cervical ectropion

Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.

Anda masih risau tentang haid tidak teratur/haid lewat/haid berpanjangan/haid berlebihan ? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!

Dikemaskini pada: Sun Sep 20 2020 02:21:15 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Konsultasi Atas Talian
Dapatkan nasihat doktor dan Pakar Pakar Sakit Puan tentang haid tidak teratur secara online dari mana jua anda berada tanpa perlu menunggu giliran.
Konsultasi Doktor RM19.99 Konsultasi Pakar Dari RM80
Sulit
Darah haid banyak berketul Saya berumur 32 tahun Dan obesity. Saya baru-baru ini mengalami gangguan haid Yang tak teratur Dan darah haid Yang keluar banyak berketul-ketul seperti keguguran. Apakah punca Dan rawatan Yang s… Baca lagi...
7 hari
Sulit
Haid yang panjang dan tetap Sy seorang isteri yg bekerja berusia 42thn dan mempunyai 4 org ank. 2.9 sy dtg haid selama 15 hari tempoh yg panjang dlm sejarah sblm ni hanya 12 hari kitaran 29hari dan tetap. Haid yg panjang s… Baca lagi...
8 hari
Sulit
Period lewat dan tak teratur Saya wanita berumur 23 tahun dan telah berkahwin. Bulan lepas saya mengalami kelewatan period dalam 4 hari (upt test negative). Bulan ni pun saya lewat sudah masuk 4 hari. Saya tidak bersama dgn… Baca lagi...
13 hari
Sulit
Haid yang tidak teratur sehingga sekarang Saya remaja berumur 19 tahun mengalami haid yang tidak teratur. Kali pertama saya datang haid pada umur 13 tahun dan pada mulanya haid saya teratur tetapi pada umur saya 14 tahun haid saya tidak… Baca lagi...
20 hari
Sulit
Haid dalam jarak yang dekat Assalamualaikum & salam sejahtera. Saya seorang pelajar berumur 23 tahun dan belum berkahwin. Adakah normal untuk saya datang haid dalam jarak yang dekat. Haid saya sebelum ini adalah pada 18 se… Baca lagi...
16 hari
Tanya Doktor Percuma 10.10 Health Fest: Baucar RM10!