
Sulit
5 tahun
Period selepas bersalin czer
Saya baru bersalin ank pertama 16/5 yg lepas. Tp sy mula dtg period pda 23/7 dan tempoh period sy agk lma kerana habis pda 6/8… tapi pda harini 14/8 sy dtg period lg… adakah normal atau sy perlu ke hospital utk rujukan ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala haid tidak tentu ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Ketumbuhan fibroid/polip dalam rahim
- Masalah pembekuan darah
- Masalah ovari seperti kista ovari atau Sindrom Polisistik Ovari
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Kesan ubat-ubatan seperti aspirin/ibuprofen
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.