
Sulit
4 tahun
Period selepas gugur
saya wanita 22 tahun saya baru lepas gugur 31/10/2020 period sy dtg balik 1/12/2020 dan hanya dtg 3 hari 4/12 langsng xde darah dan harini 5/12 keluar balik darah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang haid selepas gugur.
Untuk makluman anda, kitaran haid selepas keguguran akan kembali normal dalam masa 4-6 minggu atau lebih mengikut individu masing-masing. Ianya berbeza kerana setiap individu mempunyai reaksi berbeza terhadap hormon dalam badan. Anda tidak perlu risau kerana hal ini adalah biasa dan akan beransur pulih.
Sekiranya masalah haid tidak menentu sebegini masih berulang pada kitaran haid seterusnya, sila berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di (DoctorOnCall) secara peribadi. Terima kasih.
Tempuhi waktu datang bulan anda dengan selesa tanpa kebocoran.