Sulit
4 tahun
Period seperti air kencing
saya wanita yang berumur 21 tahun, saya masih belum berkahwin dan masih belajar. Masalah yang saya alami adalah period melebihi seminggu dan makin lama period saya mengeluarkan ketulan yang besar (size ketulan separuh tapak tangan) kemudian makin lama period saya jadi cair macam air kencing, tak sampai sejam dua saya dah tukar pad. Tapi sebelum ni saya pernah sebulan tak datang bulan (bulan 7) kemudian masuk bulan 8 saya period hampir sebulan. Bulan 9 period normal, tapi bulan 10 saya period jadi macam air kencing sebab warna tak macam darah period (macam warna putih jernih ada merah sikit2) dengan mengeluarkan ketulan yg besar. Harap doktor dapat membalas masalah saya. terima kasih 
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah period anda yang tidak teratur.Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk maklumat anda, masalah ini boleh disebabkan oleh:
- Perdarahan disfungsional, atau dysfunctional uterine bleeding
- Masalah kelenjar tiroid terutamanya kekurangan hormon tiroid atau hypothyroidism.
- Fibroid uterus. Fibroid merupakan ketumbuhan yang berlaku di dalam dinding rahim
- Endometriosis, tisu-tisu rahim terletak di luar rahimmenyebabkan pendarahan yang berat dan menyakitkan
- Polip juga merupakan sejenis ketumbuhan pada rahim
- Sindrom polisistik ovari
- PID (Pelvic inflammatory disease), Jangkitan kelamin boleh membawa kepada keadaan yang dikenali sebagai penyakit radang pelvik atau Pelvic Inflammatory Disease (PID) boleh menyebabkan gejala seperti sakit perut dan menorrhagia.
- Kanser serviks atau kanser rahim
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, puan boleh menghubungi doktor ataupun doktor pakar sakit puan kami secara atas talian.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.



























