Forum Kesihatan
#1 Malaysia

Period tak lancar, yg keluar cuma lendir coklat walaupun sudah hari ke4. Selalu tak macam ini

Dijawab oleh: Dr Sri Viknarajan

Dikemaskini pada: Mei 21, 2020 3:24 AM

Sulit 15 hari

Saya ada ambil pil perancang, saya bercadang untuk ambil jamu gentel harumnita untuk dalaman, boleh ke?

Dr Sri Viknarajan 15 hari
General Practitioner

Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.

Punca-punca yang boleh menyebabkan kitaran haid yang tidak teratur termasuk:

  • Gangguan hormon
  • Hamil
  • Penyusuan badan
  • Masalah kelenjar tiroid seperti hypothyroidism dan hyperthyroidism
  • Penggunaan ubat sawan, ubat muntah, ubat psikiatrik, ubat hormon atau ubatan tradisional seperti jamu dan ubatan alternatif seperti ubat pelangsing badan
  • Kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang keluarga dan suntikan hormon
  • Prolactinoma iaitu sejenis tumbuhan otak yang merembeskan hormon prolaktin

Punca utama yang menyebabkan kitaran haid tidak teratur dan sedikit dalam kalangan wanita muda ialah

  • Gangguan hormon di dalam badan- Keadaan ini sering disebabkan oleh tekanan emosi, stres, tidur yang tidak cukup, senaman yang terlampau, perubahan berat badan yang mendadak dan sebagainya.

Namun demikian, untuk mengetahui dan untuk menjelaskan dengan lebih terperinci mengenai masalah cik, maklumat tambahan adalah diperlukan. Anda tidak digalakkan untuk mengambil ubat tanpa mengetahui punca haid anda tidak teratur. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang cik hadapi. Terima kasih.

Dikemaskini pada: Thu May 21 2020 03:24:14 GMT+0000 (Coordinated Universal Time)
4.87
Sulit
Period tak lancar, yg keluar cuma lendir coklat walaupun sudah hari ke4. Selalu tak macam ini Saya ada ambil pil perancang, saya bercadang untuk ambil jamu gentel harumnita untuk dalaman, boleh ke? Baca lagi...
15 hari
Sulit
Period sya jadi tidak teratur apabila berhnti makan perancang Apabila saya berhnti makan perncang kenapa period saya tiap kali dtng mesti 2kli sahaj Baca lagi...
2 hari
natasyanadiaa
Haid tidak teratur dan sudah 4 hari belum datang haid. Keliru kerana mempunyai tanda-tanda seakan hamil. Upt negatif Saya berumur 25 tahun dan telah berkahwin hampir 2 tahun namun masih belum mempunyai anak. Saya mempunyai kitaran haid yang tidak teratur tapi tidak pernah lebih dari 36 hari. Itu tempoh yang paling … Baca lagi...
27 jam
Sulit
Keluar sedikit darah sebelum haid hi doctor, saya sepatutnya haid pada 20mei. namun pada 17mei, saya melihat dua titisan darah di pakaian dalam saya berwarna coklat dan struktur cair berbeza dengan darah haid. selepas itu saya r… Baca lagi...
16 hari
Sulit
Period tidak teratur dan lambat habis Saya berumur 23 Tahun. Period saya mula tidak teratur sejak 1 thun yg lalu Dan Saya telah berjumpa dgn doktor Dan telah diberikan ubat berhenti darah iaitu tracenamic acid tapi sehingga sekarang… Baca lagi...
17 hari
Tuntut RM300 Ujian COVID-19 >
Tanya Doktor Percuma Hadiah Tunai RM30 eFarmasi