
Sulit
5 tahun
Period tak teratur adakah disebabkan pengambilan pil perancang pada 8tahun.?
Saya berumur 23th. Sudan berkahwin. Masa umur 16-17 Sy Ada masalah period tak teratur. Jumpe pakar HTAR Klang. Dia kata Tak Ada apa apa dlm rahim. Buat checkup Dan ultrasound Dan dia bagi pil perancang jenis mevelon(tak Pasti Nama pil perancang) Kotak biru tak Silap Doc bagi sebelum Sy kawin… Ada setahun sy tak period masa tu. skrg umur 23th Sy dah kawin. Sy mkn Asid folic tak sampai 1papan pasa akhir bukan feb Dan stop panda pertengahan bulan march. Lps tu dlm seminggu keluar pendarahan yg amat sedikit Dan memerlukan pentyliner sehari 3pad itu pun tak penuh… jenis warna darah adalah (sedikit air,darah merah,kdg kala darah berwarna hitam)

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kitaran haid yang tidak teratur boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
- Masalah sindro polisistik ovari
- Masalah pada struktur rahim, ovari atau serviks
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.