
Sulit
5 tahun
Period tak teratur dan istihadah
Saya ad masalah period. Period tak teratur and setiap kali period tu , selalu senggugut. Lepastu, setiap kali period akan lebih dari 15 hari. Bila period tu dalam 3 or 5 hari dah habis dah darah yang keluar koko sampai lebih dari 15 hari. Bila lebih dari 15 hari tu Kadang cepat and kadang lambat hilang koko tu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah haid berpanjangan ini boleh disebabkan:
- Hormon tidak seimbang akibat diabetes, obesity, PCOS atau tiroid
- Ketumbuhan fibroid atau polip
- Dysfunctional uterine bleeding - punca yang tidak diketahui
- Penggunaan alat IUD
- Kanser rahim atau cerviks - risiko-risiko seperti umur tua, keputusan pap smear positif
- Masalah pembekuan darah
- Kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat kelas NSAID
- Jangkitan dalam rahim
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.