
Anonymous
5 tahun
Period tak teratur. Jangka masa period yang lama
Saya berusia 30thn. Saya baru lepas bersalin februari lalu secara c-sect. Persoalan saya adakah aliran period saya ini normal atau tidak.?
Period saya sudah berlanjutan selama 3 minggu bermula 17jun hingga 27jun kemudian sambung balik pada 1 julai hingga sekarang. Saya ada memgambil pil perancang.
Darah yang keluar adalah merah dan ada sedikit gumpalan seperti tekstur keputihan… Kuantiti darah paling maksimum adalah separuh saiz pantiliner… Aliran darah ada setiap masa tapi sedikit sedikit.
Tiada tanda-tanda kesakitan lain cuma kadang ada terasa tercucuk di area atas jahitan c-section iaitu di bahagian tepi kiri, kanan dan juga tengah perut.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, haid yang tidak teratur boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Penggunaan pil perancang
- Penyusuan
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
Kesakitan pada jahitan C-section disertai dengan gejala seperti kemerahan pada luka jahitan dan demam boleh menunjukkan jangkitan kuman pada luka tersebut, sellulitis (jangkitan kulit) ataupun Sakit Radang Pelvis.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.