Sulit
3 tahun
Period tak teratur semasa mengambil health supplements for acne
Hi, im student berumur 21 dan tidak berkahwin. Sebelum ni period saya teratur .Im just consumed kordel’s skin clear ( herbs medicine) within this week . Tapi sekarang ni period saya dah lewat 4 hari. Adakah ia normal? im not sure either this is side effect of supplements or just my hormones
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan masalah haid datang lewat boleh disebabkan beberapa faktor selain dari kehamilan seperti:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Tekanan emosi
- Perubahan hormon disebabkan supplement atau makanan yang tertentu
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari
- Mengambil pil perancang kehamilan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor



























