
diananorlin81
5 tahun
Period teratur atau tidak
Saya berusia 38 tahun dan mengikut LMP 19/10/2019 … saya mengandung 9 minggu++…
Period saya adalah seperti yang berikut
4/5. 28 hari
1/6. 28
26/6. 25
29/7. 33
28/8. 30
23/9. 26
19/10. 25
Adakah ini akan mempengaruhi edd sy berdasarkan scan? Kerana pada 18/12/2019 GA saya hanyalah 5w6d…dan saya diminta ulangi scan pada 31/12/2019 ini.? Adakah janin saya tidak berkembang?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, kitaran haid anda tidak teratur. Kebiasaan wanita memiliki kitaran haid selama 28 hingga 35 hari. Kami tidak boleh mengulas tentang saiz kandungan anda mengikut perkembangan atau sebaliknya. Hal ini kerana kami tidak memiliki laporan kesihatan dan keputusan skan yang anda jalankan.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
L