
Anonymous
6 tahun
Period tidak keluar
Anak saya berumur 22 tahun tidak mengalami period selama 5 bulan .

6 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih kerana menghubungi DoctorOnCall.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,kedatangan haid yang lambat berlaku atau tidak teratur mempunya pelbagai sebab selain daripada kehamilan. seperti :
- Tekanan hidup. Tekanan boleh mengubah tahap hormon anda, menukar rutin harian anda, dan juga menjejaskan bahagian otak anda yang bertanggungjawab untuk mengawal kitaran haid anda iaitu kelenjar hypothalamus.
- Berat badan yang rendah juga akan mempengaruhi kitaran haid seseorang. Wanita dengan gangguan pemakanan, seperti anoreksia nervosa atau bulimia, mungkin mengalami ketiadaan haid untuk tempoh yang lama.
- Akitivit fizikal yang melampau seperti maraton juga boleh menghentikan kitaran haid juga. Sama seperti berat badan yang rendah boleh menyebabkan perubahan hormon, begitu juga dengan berat badan berlebihan.
- Penggunaan pil perancang keluarga yang menghalang ovari anda daripada melepaskan telur. Ia boleh mengambil masa sehingga enam bulan untuk kitaran anda menjadi konsisten lagi selepas menghentikan pil.
Bagaimanapun anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat doktor bagi membuat pengesahan lanjut. Anda boleh untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut dengan klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.