Sulit
4 tahun
Period tidak pernah teratur
saya berumur 16tahun,mula period pada 11 tahun pada bulan 10 or 11…lepas haid pertama 6 bulan takde…lepas tu period dtg jadi 8hari tapi selang dua minggu je tapi masuk tahun seterusnya sampai sekarg period makin lama,period jadi 8 hari ke atas paling lama 14 hari,selang seminggu dan pernah selang dua hari je…senggugut baru dua kali kena dan takde juga ketulan besar yg keluar,but selalu sakit pinggang sebelum atau selepas period…my mom kata mungkin genetik tapi saya still risau and pernah check darah doktor kata normal
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu haid yang tidak teratur dan lambat datang haid. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh beberapa penyebab, antaranya ialah:
- Ketidakseimbangan hormon
- Gangguan stress
- Senaman yang berlebihan
- Berat badan yang tidak seimbang
- Jangkitan STI ( Sexual transmitted infection ) atau jangkitan salur kencing (UTI)
- Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) yang boleh menyebabkan gangguan atas hormon kitaran haid
- Masalah tiroid. wujud bersama simptom-simptom lain seperti menggigil, kegelisahan, berpeluh malam serta degupan jantung laju.
- Masalah pada organ reproduktif wanita -rahim, ovari
Tempuhi waktu datang bulan dengan selesa
Untuk mengetahui tindakan lanjut berserta rawatan kepada masalah ini, penyebabnya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat lanjut dan pemeriksaan lengkap adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih
Anda masih risau tentang haid tidak teratur? Pakar sakit puan (Gynaecologist) boleh membantu!



























