
dyanadiareza
5 tahun
Period tidak stabil dan kencing sakit
Salam sejahtera doc. Saya wanita berusia sekitar awal 30an. berkahwin dan mempunyai seorang anak. Saya tidak mengamalkan pengambilan perancang. Saya ada beberapa kemusykilan. Sejak dari bulan Mei 2019, saya telah mengalami period lebih dari 5kali. Period saya hanya akan berhenti tak lebih dar seminggu kemudian akan datang lagi. Sehingga sekarang, period saya masih tidak stabil. Dalam masa yang sama saya turut merasa kecing saya agak sakit. Pengambilan air kosong saya cuba habiskan 2-3 botol besar bersize 1liter setiap hari kerana merasa punca kencing sakit saya disebabkan kekurangan air. Walaupun dah habiskan air kosong yang banyak, tapi masalah kencing sakit tetap ada. Apakah yang perlu saya buat? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan adalah kurang jelas. Terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat. Antara kondisi yang boleh menyebabkan kencing sakit adalah:
- STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
- Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
- Batu karang
- Saluran kencing tersumbat
- Benign prostatic hyperplasia (BPH) adalah penyebab utama kencing pedih dan terhalang bagi lelaki yang berusia
Yang sebaiknya anda lakukan adalah mendapatkan rujukan doktor supaya dapat dilakukan pemeriksaan yang sesuai, tes yang terkait serta rawatan yang tepat. Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.