
Sulit
3 tahun
Period tidak teratur , 2 bulan tidak keluar darah haid ,hanya mendapat haid 3 hari dan sakit seperti senggugut tapi tidak keluar darah haid ,
Saya remaja berumur 18 tahun , saya mengalami period tidak teratur . Pada bulan 6 dan 7 saya tidak keluar darah haid , pada bulan 8 saya period tetapi hanya 3 hari dan darah berwarna hitam atau coklat gelap . Pada bulan ini saya sakit perut sperti senggugut tapi tidak ada tanda² keluar darah haid , adakah ini disebabkan hormon ?? Harap doc menjelaskan.

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Usia
- Tekanan perasaan atau emosi
- Gangguan pemakanan (bulimia atau anoreksia)
- Policystic Ovary Syndrome (PCOS)
- Penggunaan ubat-ubatan tertentu
- Berat badan terlalu rendah
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan